SAJAK
Aktiviti mendeklamasikan sajak
adalah pembacaan sajak dengan cara terancang dan penuh dengan perasaan, agar
penonton dapat memahami kandungan serta mesej yang terkandung dalam sajak itu
Pembacaan sajak ini hendaklah dibuat dengan sebutan bunyi yang baik agar persembahan itu menjadi
menarik dan menimbulkan minat pendengar dan penonton.
BENTUK DEKLAMASI SAJAK:
Terdapat lima jenis
pendeklamasian sajak yang boleh dijalankan iaitu:-
I.
Lafazan
II.
Lafazan dan gerakan
III.
Lafazan lakonan
IV.
Lafazan berirama
V.
Lafazan, lakonan dan irama
ASPEK-ASPEK PENTING DALAM SAJAK:
I.
Tema sajak
II.
Persoalan/mesej/Amanat Penyair
III.
Nada
IV.
Bentuk
V.
Gaya Bahasa
VI.
Susunan Bunyi
VII.
Teknik-teknik lain seperti visual.
TEMA:
Keseluruhan sajak yang mempunyai
pokok persoalan yang khusus. Ini diikuti pula dan disokong oleh beberapa
persoalan-persoalan.
PERSOALAN:
Di dalam sesebuah sajak mempunyai
beberapa persoalan-persoalan. Ini juga dikenali sebagai mesej / amanat / tandus
/ propaganda penyair kepada pembaca.
NADA:
Di dalam sesebuah sajak terdapat
berbagai-bagai nada. Nada ada hubungan dengan corak emosi yang dilahirkan oleh
penyair. Begitu juga dengan nada alunan penekanan suara dalam menyampaikan
amanat sajak. Antara nada-nada itu adalah seperti:
Ø
Nada murung (melankolik)
Ø
Gembira
Ø
Romantik
Ø
Cinta
Ø
Kasih sayang
Ø
Protes
Ø
Hiba
Ø
Kesal
Ø
Sinis
Ø
Sarkastik
Ø
Sunui
Ø
Sedih dan lain-lain
BENTUK:
Mengkaji bentuk sajak, perlu ada
pengetahuan sedikit tentang unsur-unsur bentuk puisi tradisi. Ini penting
kerana apabila kita membuat kesimpulan
tentang bentuk sajak itu adakah ianya telah bebas atau masih lagi terikut pada
unsur-unsur puisi tradisi.
Ø
Keseluruhan sajak terdiri 4 baris serangkap.
Ø
Keseluruhan sajak terdiri 5 baris serangkap.
Ø
Keseluruhan sajak terdiri 6 baris serangkap.
Ø
Keseluruhan sajak terdiri 7 baris serangkap.
Ø
Keseluruhan sajak terdiri 8 baris serangkap.
Jika tidak sama keseluruhan rangkap, maka ianya adalah
berbentuk moden/bebas. Ini termasuk bentuk sajak soneta.
Kesimpulan:
Membuat kesimpulan sajak adalah ianya berbentuk moden/masih
terikat pada bentuk pada bentuk puisi puisi tradisi. Ini diambilkira dari
beberapa aspek yang utama seperti bilangan baris-baris dalam rangkap dan irama
sajak.
BAHASA:
a) Menggunakan
kata-kata biasa dan disusun indah menjadikan bahasa puisi itu puitis. Jika
kata-kata digunakan bombastik dan tidak tersusun bahasa puisi itu kurang
puitis.
b)
Gaya
Bahasa Personafikasi.
Sesuatu
yang dihidupkan dengan memberi sifat manusia.
Contoh: Senyumannya melambai-lambai
Ini menunjukkan senyuman itu diberi sifat
tangan dan boleh melambai-lambai.
c) Gaya Bahasa Metafora.
Perbandingan dibuat cara terus dengan tidak
menggunakan kata-kata awalan iaitu:
Seperti:
Umpama, bak, bagai, laksana.
Contoh: Dia
batu
d)
Gaya
Bahasa Simili.
Perbandingan
dengan benda lain dengan menggunakan kata-kata awalan.
Seperti:
Umpama, bak, bagai, laksana.
Contoh:
Matanya merah seperti biji saga.
e)
Imej
dan imejan.
i)
Imej:
Benda-benda antaranya: bunga, gunung, sungai, dunia,
bilik, bukit dan lain-lain.
ii)
Imejan:
Adalah himpunan segala imej-imej yang digunakan dalam
puisi, seperti yang dapat dikesan melalui pancaindera antaranya.
Contoh: Api
(terasa bahangnya panas, terlihat merahnya)
Hujan (ternampak rintiknya, terasa airnya)
Gaya Bahasa
Hiperbola (Hyperbola)
Perbandingan yang dibuat secara melampau tentang sesuatu
perkara untuk gambaran yang menyakinkan.
Contoh:
Muntah darahnya, merah, pekat dan likat.
Pekik laungnya dengan jeritan yang kuat.
Gaya Bahasa
Simbolik / Perlambangan
Kata-kata yang memberi tafsiran lain bukan makna asal.
Lambang ini ada yang jenis universal dan ada yang jenis personal.
i)
Jenis
universal adalah untuk makna / simbol umum.
Contoh:
Bunga melambangkan wanita
Kumbang melambangkan lelaki.
ii)
Jenis
personal mengikut tafsiran keseluruhan sajak
Contoh
Bunga mungkin melambangkan
wanita
Bunga mungkin melambangkan
negara
Bunga mungkin melambangkan
lelaki
Bunga mungkin melambangkan
kawan
Bunga mungkin melambangkan
sesuatu yang dicintai dan lain-lain.
Gaya Bahasa
Repetasi / Pengulangan
Pengulangan oleh penyair mungkin dari segi perkataan,
frasa-frasa, baris-baris, ayat, rangkap-rangkap dan kata-kata berganda.
Perlambangan
Metonimi
Kata-kata yang ada berbentuk isyarat dan pangkat.
Contoh:
Mahkota alam bermaksud raja.
Tiga calit di lengan baju bermaksud pangkat sarjan.
Anamatopia
Kesan bunyi dari sesuatu digunakan dalam sajak sebagai
simbolnya.
Contohnya:
Miau bermaksud kucing
Tang bermaksud jam berdentang
Tik..Tik..Tik.. bermaksud bunyi hujan dan lain-lain.
Susunan Bunyi:
Ada beberapa aspek penting ditinjau dalam menilai susunan
bunyi sesebuah sajak. Kesan rentak, alunan irama yang disatukan menghasilkan
kesan bunyi. Antara lain yang patut diperhatikan ialah:-
Ø Rima
Ø Asonansi
Ø Aliterasi
Ø Diksi
a) Rima:
Ada sajak yang mempunyai rima
bentuk puisi tradisi. Dengan sendirinya penyair sajak berkenaan pentingkan rima
dalam memberi kesan bunyi yang baik pada sajaknya. Ini ada kalanya didapati
keseluruhan sajak berirama demikian. Tetapi kebanyakan sajak bebas didapati terdapat di sana sini baris yang mempunyai rima
sama.
b) Asonansi:
Huruf vokal ( a e i o u) yang
dapat membantu sajak-sajak itu melahirkan kesan bunyi. Huruf-huruf vokal
tertentu banyak digunakan di dalam satu-satu baris dalam sajak.
Contoh:
Asonansi e – Ketawa jernih nenek tua
Asonansi a – Mayat datang dalam deru
Asonansi I -
Dimensi demi dimensi
Pengulangan penggunaan
huruf-huruf vokal ini juga memberi kesan alunan kepada sajak
c) Aliterasi:
Pengulangan
bunyi huruf-huruf konsonan di dalam satu-satu baris dalam sajak. Selain
daripada huruf-huruf vokal dan susunan abjad (A-Z) iaitu aeiou ialah huruf-huruf
konsonan. Pengulangan penggunaan huruf-huruf konsonan ini menolong memberi kesan
rentak sajak untuk membina irama iaitu suatu susunan bunyi sajak.
Contoh:
Aliterasi r - Mengalir dari arus sejarah.
Aliterasi m –
Menadah matari memayungi bumi
Aliterasi t –
Kita titis air mata darah
d)
Diksi:
Pemilihan
penyusunan kata-kata oleh penyair dapat membantu dalam melahirkan kesan bunyi dalam sesuatu sajak
antaranya:
i)
Pengulangan awalan huruf-huruf yang sama dalam
baris-baris sajak.
Contoh:
Pada
permukaan
Betapa pun
begitu
ii)
Pengulangan rima sama dalam baris-baris juga
melahirkan bunyi seperti rentak dan irama.
Contoh:
Di kota
kecilnya
Di bawah baying-bayang
sepatu perang
iii)
Pengulangan perkataan-perkataan, frasa-frasa,
baris-baris ayat, kata-kata berganda dan pengulangan rangkap. Ini semua juga
dapat membantu memberi kesan dan susunan bunyi yang baik di dalam sesebuah
sajak.
Teknik Visual:
Gambaran asosiasi karya cipta
penyair seni lukis dengan karya puisi.
Contoh:
Sajak Penjual bunga oleh
T.Alias Taib dapat kesan visual yang membentuk bunga sedang kembang. Juga
membentuk bunga di pasu bunga. Hasil susunan kata-kata begitu rupa.
Gadis desa
Berlenggang ke
kota
Di tangan
kirinya seraga bunga
Di tangan
kanannya seraga cinta
Orang kota
selalu membeli
Mula-mula
bunganya
Dan kemudian
Cintanya
Gadis desa
Pulang ke
desa
Di mata
kirinya setetes peristiwa
Di mata
kanannya setetes rahsia
Orang desa
selalu bertanya
Siapa membeli
bunganya
Dan memetik
Cintanya
Jenis-Jenis Sajak:
a) Dua
baris serangkap dipanggil Distikon / douplet
b) Tiga
baris serangkap dipanggil Terzina / triplet
c) Empat
baris serangkap dipanggil Quartrin
d) Lima
baris serangkap dipanggil Quint
e) Enam
baris serangkap dipanggil Sextet
f) Tujuh
baris serangkap dipanggil Septime
g) Lapan
baris serangkap dipanggil Oxtare
No comments:
Post a Comment