PERIBAHASA:
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap
susunannya dan mempunyai maksud yang tetentu. Peribahasa dalam Bahasa Melayu
terdiri daripada beberapa jenis iaitu:-
Ø Simpulan Bahasa
Ø Perumpamaan
Ø Bidalan
Ø Pepatah
Ø Kata-Kata Hikmat
Pada umumnya, peribahasa mempunyai
falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh itu, peribahasa dapat
digunakan sebagai pedoman hidup yang berhikmat besar. Justeru itu, peribahasa
juga sering digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk
menghiasi karangan atau percakapan.
A) SIMPULAN BAHASA:
Simpulan bahasa ialah kelompok kata yang mempunyai susunan
yang tetap dan mengandungi maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang
membentuknya. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas
dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.
Contoh Simpulan Bahasa:
Ø Ada angin – Berperangai tidak seperti
biasa pada sesuatu ketika.
Ø Batu api – Orang yang suka menghasut.
Ø Cahaya mata- Anak.
Ø Durian runtuh – Keuntungan yang tidak
disangka-sangka.
Ø Gaji buta – Mendapat gaji tanpa
bekerja.
Ø Hidung tinggi - Sombong
Ø Jauh hati – Merajuk kerana
tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
B) PERUMPAMAAN:
Contoh Perumpamaan:
Ø Bagai bulan dipangar bintang –
Kecantikan gadis yang tiada bandingannya.
Ø Bagai isi dengan kuku – Pesahabatan
yang sangat erat.
Ø Seperti kera mendapat bunga – Orang
yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
Ø Seperti ular kena palu – Sesuatu yang
bengkang-bengkok.
C) BIDALAN:
Bidalan merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat
dan pengajaran yang benar. Biasanya bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang
telah melekat di mulut orang.
Contoh Bidalan:
Ø Ada gula ada semut – Orang akan
berkumpul di tempat yang sedang mencari rezeki.
Ø Belakang parang diasah lagikan tajam
– Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai juga akhirnya.
Ø Genggam bara api biar sampai jadi
arang – Membuat sesuatu kerja yang susah hendaklah bersabar
Ø Indah khabar dari rupa – Khabar
tentang sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan.
Ø Nasi sudah menjadi bubur – Sesuatu
kerosakan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
D) PEPATAH:
Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap. Biasanya
terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur
pengajaran yang hendak disampaikan.
Contoh Pepatah:
Ø Ada padi semua kerja jadi, ada beras
semua kerja deras – Semua yang dihajati itu dapat dicapai melalui wang.
Ø Bagaimana acuan, begitulah kuihnya –
Biasanya perangai seseorang itu mirip kepada perangai ibu bapanya.
Ø Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga – Pergaduhan di antara adik- beradik tidak berpanjangan,
akhirnya akan berbaik semula.
Ø Harapkan guruh di langit, air
tempayan yang dicurahkan – Harapkan keuntungan yang besar yang belum pasti
diperolehi, keuntungan kecil yang sedia ada dilepaskan.
Ø Sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain – Pekerjaan yang susah kalau dilakukan dengan sabar akhirnya
berhasil juga.
E) KATA-KATA HIKMAT:
Kata-kata hikmat ialah ungkapan yang mengandungi pengertian,
pengajaran atau falsafah yang berguna sebagai pedoman hidup. Biasanya kata-kata
hikmat adalah ringkas tetapi bernas dan mudah disebut. Oleh itu, kata-kata
hikmat sering digunakan orang sebagai contoh kata atau kiasan dalam pertuturan
dan penulisan.
Contoh Kata-Kata
Hikmat:
Ø Bahasa jiwa bangsa – Bahasa ialah
semangat sesuatu bangsa; bahasa ialah cirri pengenalan atau identity bangsa.
Ø Hidup ini adalah satu perlumbaan –
Kehidupan kita ini sentiasa penh dengan pelbagai cabaran.
Ø Ilmu itu pelita hati – Ilmu merupakan
cahaya yang menerangi kehidupan seseorang.
Ø Kata itu kota – Setiap janji
hendaklah ditunaikan.
Ø Masa it emas – Masa itu sangat
berharga.
No comments:
Post a Comment