KATA NAMA
Kata nama terbahagi kepada dua iaitu:-
a) kata
nama am
b) kata nama khas.
a) Kata nama am ialah kata yang merujuk kepada nama
manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara umum. Ia ditulis dengan huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Contoh Kata Nama Am:
Manusia , orang
|
ayah, perempuan, kerani, polis,
guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda,
burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio, rumah.
Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau, sekolah, kampung,
bandar, negeri dll
|
b) Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya secara khusus.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker
45, Hikayat Hang Tuah, dan lain-lain.
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor
Azman, Dr. Long dan lain-lain.
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak
Belang, Sang Kancil,dan lain-lain.
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam,
Kuala Lumpur dan lain-lain.
Biasanya huruf pertama
perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya (perhentian bas dan
teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
No comments:
Post a Comment