MASJID

MASJID

Thursday, December 27, 2012

SAJAK


SAJAK

MENDEKLAMASIKAN SAJAK:

Aktiviti mendeklamasikan sajak adalah pembacaan sajak dengan cara terancang dan penuh dengan perasaan, agar penonton dapat memahami kandungan serta mesej yang terkandung dalam sajak itu Pembacaan sajak ini hendaklah dibuat dengan sebutan  bunyi yang baik agar persembahan itu menjadi menarik dan menimbulkan minat pendengar dan penonton.

BENTUK DEKLAMASI SAJAK:
Terdapat lima jenis pendeklamasian sajak yang boleh dijalankan iaitu:-
                                I.            Lafazan
                              II.            Lafazan dan gerakan
                            III.            Lafazan lakonan
                            IV.            Lafazan berirama
                              V.            Lafazan, lakonan dan irama

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM SAJAK:
                                I.            Tema sajak
                              II.            Persoalan/mesej/Amanat Penyair
                            III.            Nada
                            IV.            Bentuk
                              V.            Gaya Bahasa
                            VI.            Susunan Bunyi
                          VII.            Teknik-teknik lain seperti visual.

TEMA:
Keseluruhan sajak yang mempunyai pokok persoalan yang khusus. Ini diikuti pula dan disokong oleh beberapa persoalan-persoalan.

PERSOALAN:
Di dalam sesebuah sajak mempunyai beberapa persoalan-persoalan. Ini juga dikenali sebagai mesej / amanat / tandus / propaganda penyair kepada pembaca.

NADA:
Di dalam sesebuah sajak terdapat berbagai-bagai nada. Nada ada hubungan dengan corak emosi yang dilahirkan oleh penyair. Begitu juga dengan nada alunan penekanan suara dalam menyampaikan amanat sajak. Antara nada-nada itu adalah seperti:
Ø  Nada murung (melankolik)
Ø  Gembira
Ø  Romantik
Ø  Cinta
Ø  Kasih sayang
Ø  Protes
Ø  Hiba
Ø  Kesal
Ø  Sinis
Ø  Sarkastik
Ø  Sunui
Ø  Sedih dan lain-lain

BENTUK:
Mengkaji bentuk sajak, perlu ada pengetahuan sedikit tentang unsur-unsur bentuk puisi tradisi. Ini penting kerana apabila  kita membuat kesimpulan tentang bentuk sajak itu adakah ianya telah bebas atau masih lagi terikut pada unsur-unsur puisi tradisi.
Ø  Keseluruhan sajak terdiri 4 baris serangkap.
Ø  Keseluruhan sajak terdiri 5 baris serangkap.
Ø  Keseluruhan sajak terdiri 6 baris serangkap.
Ø  Keseluruhan sajak terdiri 7 baris serangkap.
Ø  Keseluruhan sajak terdiri 8 baris serangkap.

Jika tidak sama keseluruhan rangkap, maka ianya adalah berbentuk moden/bebas. Ini termasuk bentuk sajak soneta.

Kesimpulan:
Membuat kesimpulan sajak adalah ianya berbentuk moden/masih terikat pada bentuk pada bentuk puisi puisi tradisi. Ini diambilkira dari beberapa aspek yang utama seperti bilangan baris-baris dalam rangkap dan irama sajak.

BAHASA:
a)   Menggunakan kata-kata biasa dan disusun indah menjadikan bahasa puisi itu puitis. Jika kata-kata digunakan bombastik dan tidak tersusun bahasa puisi itu kurang puitis.

b)      Gaya Bahasa Personafikasi.
Sesuatu  yang dihidupkan dengan memberi sifat manusia.
Contoh: Senyumannya melambai-lambai

Ini menunjukkan senyuman itu diberi sifat tangan dan boleh melambai-lambai.


c)       Gaya Bahasa Metafora.
Perbandingan dibuat cara terus dengan tidak menggunakan kata-kata awalan iaitu:
Seperti: Umpama, bak, bagai, laksana.
Contoh: Dia batu

d)      Gaya Bahasa Simili.
Perbandingan dengan benda lain dengan menggunakan kata-kata awalan.
Seperti: Umpama, bak, bagai, laksana.
Contoh: Matanya merah seperti biji saga.

e)      Imej dan imejan.

i)                    Imej:
Benda-benda antaranya: bunga, gunung, sungai, dunia, bilik, bukit dan lain-lain.               

ii)                  Imejan:
Adalah himpunan segala imej-imej yang digunakan dalam puisi, seperti yang dapat dikesan melalui pancaindera antaranya.
Contoh: Api (terasa bahangnya panas, terlihat merahnya)
                                                 Hujan (ternampak rintiknya, terasa airnya)

Gaya Bahasa Hiperbola (Hyperbola)

Perbandingan yang dibuat secara melampau tentang sesuatu perkara untuk gambaran yang menyakinkan.

Contoh:
Muntah darahnya, merah, pekat dan likat.
Pekik laungnya dengan jeritan yang kuat.

Gaya Bahasa Simbolik / Perlambangan
Kata-kata yang memberi tafsiran lain bukan makna asal. Lambang ini ada yang jenis universal dan ada yang jenis personal.

i)                    Jenis universal adalah untuk makna / simbol umum.
Contoh:
Bunga melambangkan wanita
            Kumbang melambangkan lelaki.

ii)                   Jenis personal mengikut tafsiran keseluruhan sajak
Contoh
Bunga mungkin melambangkan wanita
Bunga mungkin melambangkan negara
Bunga mungkin melambangkan lelaki
Bunga mungkin melambangkan kawan
Bunga mungkin melambangkan sesuatu yang dicintai dan lain-lain.

Gaya Bahasa Repetasi / Pengulangan
Pengulangan oleh penyair mungkin dari segi perkataan, frasa-frasa, baris-baris, ayat, rangkap-rangkap dan kata-kata berganda.
                                                                    
Perlambangan Metonimi
Kata-kata yang ada berbentuk isyarat dan pangkat.

Contoh:
Mahkota alam bermaksud raja.
Tiga calit di lengan baju bermaksud pangkat sarjan.

Anamatopia
Kesan bunyi dari sesuatu digunakan dalam sajak sebagai simbolnya.

Contohnya:
Miau bermaksud kucing
Tang bermaksud jam berdentang
Tik..Tik..Tik.. bermaksud bunyi hujan dan lain-lain.


Susunan Bunyi:
Ada beberapa aspek penting ditinjau dalam menilai susunan bunyi sesebuah sajak. Kesan rentak, alunan irama yang disatukan menghasilkan kesan bunyi. Antara lain yang patut diperhatikan ialah:-
Ø  Rima
Ø  Asonansi
Ø  Aliterasi
Ø  Diksi

a)      Rima:
Ada sajak yang mempunyai rima bentuk puisi tradisi. Dengan sendirinya penyair sajak berkenaan pentingkan rima dalam memberi kesan bunyi yang baik pada sajaknya. Ini ada kalanya didapati keseluruhan sajak berirama demikian. Tetapi kebanyakan sajak  bebas didapati  terdapat di sana sini baris yang mempunyai rima sama.

b)      Asonansi:
Huruf vokal ( a e i o  u)  yang dapat membantu sajak-sajak itu melahirkan kesan bunyi. Huruf-huruf vokal tertentu banyak digunakan di dalam satu-satu baris dalam sajak.

Contoh:
Asonansi  e – Ketawa jernih nenek tua
Asonansi  a – Mayat datang dalam deru
Asonansi  I -  Dimensi demi dimensi

Pengulangan penggunaan huruf-huruf vokal ini juga memberi kesan alunan kepada sajak

c)       Aliterasi:
Pengulangan bunyi huruf-huruf konsonan di dalam satu-satu baris dalam sajak. Selain daripada huruf-huruf vokal dan susunan abjad (A-Z) iaitu aeiou ialah huruf-huruf konsonan. Pengulangan penggunaan huruf-huruf konsonan ini menolong memberi kesan rentak sajak untuk membina irama iaitu suatu susunan bunyi sajak.

Contoh:
Aliterasi r  - Mengalir dari arus sejarah.
Aliterasi m – Menadah matari memayungi bumi
Aliterasi t – Kita titis air mata darah

d)      Diksi:
Pemilihan penyusunan kata-kata oleh penyair dapat membantu dalam  melahirkan kesan bunyi dalam sesuatu sajak antaranya:

i)                    Pengulangan awalan huruf-huruf yang sama dalam baris-baris sajak.

Contoh:
Pada permukaan
Betapa pun begitu

ii)                   Pengulangan rima sama dalam baris-baris juga melahirkan bunyi seperti rentak dan irama.

Contoh:
Di kota kecilnya
Di bawah baying-bayang sepatu perang

iii)                 Pengulangan perkataan-perkataan, frasa-frasa, baris-baris ayat, kata-kata berganda dan pengulangan rangkap. Ini semua juga dapat membantu memberi kesan dan susunan bunyi yang baik di dalam sesebuah sajak.

Teknik Visual:
Gambaran asosiasi karya cipta penyair seni lukis dengan karya puisi.

Contoh:
Sajak Penjual bunga oleh T.Alias Taib dapat kesan visual yang membentuk bunga sedang kembang. Juga membentuk bunga di pasu bunga. Hasil susunan kata-kata begitu rupa.

Gadis desa
Berlenggang ke kota
Di tangan kirinya seraga bunga
Di tangan kanannya seraga cinta
Orang kota selalu membeli
Mula-mula bunganya
Dan kemudian
Cintanya

Gadis desa
Pulang ke desa
Di mata kirinya setetes peristiwa
Di mata kanannya setetes rahsia
Orang desa selalu bertanya
Siapa membeli bunganya
Dan memetik
Cintanya

Jenis-Jenis Sajak:
a)      Dua baris serangkap dipanggil Distikon / douplet
b)      Tiga baris serangkap dipanggil Terzina / triplet
c)       Empat baris serangkap dipanggil Quartrin
d)      Lima baris serangkap dipanggil Quint
e)      Enam baris serangkap dipanggil Sextet
f)       Tujuh baris serangkap dipanggil Septime
g)      Lapan baris serangkap dipanggil Oxtare











Friday, December 21, 2012

YOU TUBE SYAIR


YOU TUBE SAJAK


USMAN AWANG(1979)



GURU OH GURU


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu 

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

YOU TUBE PANTUN



SILA LAYARI LAMAN WEB DEWAN BAHASA PUSTAKA:

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID&Page=1

Wednesday, December 19, 2012

PERIBAHASA


PERIBAHASA:

Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tetentu. Peribahasa dalam Bahasa Melayu terdiri daripada beberapa jenis iaitu:-

Ø  Simpulan Bahasa
Ø  Perumpamaan
Ø  Bidalan
Ø  Pepatah
Ø  Kata-Kata Hikmat

Pada umumnya, peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh itu, peribahasa dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang berhikmat besar. Justeru itu, peribahasa juga sering digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan atau percakapan.

A) SIMPULAN BAHASA:

Simpulan bahasa ialah kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi maksud yang berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.

Contoh Simpulan Bahasa:
Ø  Ada angin – Berperangai tidak seperti biasa pada sesuatu ketika.
Ø  Batu api – Orang yang suka menghasut.
Ø  Cahaya mata- Anak.
Ø  Durian runtuh – Keuntungan yang tidak disangka-sangka.
Ø  Gaji buta – Mendapat gaji tanpa bekerja.
Ø  Hidung tinggi - Sombong
Ø  Jauh hati – Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.

B) PERUMPAMAAN:

Perumpamaan  merupakan salah satu jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya.  Pada umumnya perumpamaan menggunakan kata-kata bandingan iaitu bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama untu mengiaskan sesuatu secara perbandingan.

Contoh Perumpamaan:
Ø  Bagai bulan dipangar bintang – Kecantikan gadis yang tiada bandingannya.
Ø  Bagai isi dengan kuku – Pesahabatan yang sangat erat.
Ø  Seperti kera mendapat bunga – Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
Ø  Seperti ular kena palu – Sesuatu yang bengkang-bengkok.

C) BIDALAN:

Bidalan merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang benar. Biasanya bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang telah melekat di mulut orang.

Contoh Bidalan:
Ø  Ada gula ada semut – Orang akan berkumpul di tempat yang sedang mencari rezeki.
Ø  Belakang parang diasah lagikan tajam – Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai juga akhirnya.
Ø  Genggam bara api biar sampai jadi arang – Membuat sesuatu kerja yang susah hendaklah bersabar
Ø  Indah khabar dari rupa – Khabar tentang sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan.
Ø  Nasi sudah menjadi bubur – Sesuatu kerosakan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

D) PEPATAH:

Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap. Biasanya terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan atau unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.

Contoh Pepatah:
Ø  Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras – Semua yang dihajati itu dapat dicapai melalui wang.
Ø  Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – Biasanya perangai seseorang itu mirip kepada perangai ibu bapanya.
Ø  Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga – Pergaduhan di antara adik- beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
Ø  Harapkan guruh di langit, air tempayan yang dicurahkan – Harapkan keuntungan yang besar yang belum pasti diperolehi, keuntungan kecil yang sedia ada dilepaskan.
Ø  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain – Pekerjaan yang susah kalau dilakukan dengan sabar akhirnya berhasil juga.

E) KATA-KATA HIKMAT:

Kata-kata hikmat ialah ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna sebagai pedoman hidup. Biasanya kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi bernas dan mudah disebut. Oleh itu, kata-kata hikmat sering digunakan orang sebagai contoh kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan.

Contoh Kata-Kata Hikmat:
Ø  Bahasa jiwa bangsa – Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa; bahasa ialah cirri pengenalan atau identity bangsa.
Ø  Hidup ini adalah satu perlumbaan – Kehidupan kita ini sentiasa penh dengan pelbagai cabaran.
Ø  Ilmu itu pelita hati – Ilmu merupakan cahaya yang menerangi kehidupan seseorang.
Ø  Kata itu kota – Setiap janji hendaklah ditunaikan.
Ø  Masa it emas – Masa itu sangat berharga. 

Sunday, December 16, 2012

CONTOH KESALAHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU


CONTOH – CONTOH KESALAHAN TATABAHASA:
1) Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”
Contoh ayat:  Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyeduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialahnangka. )

Salah
Betul
Cili sos

Mini perpustakaan

Zaleha Restoran

Jaya Klinik
Sos cili

Perpustakaan mini

Restoran Zaleha

Klinik Jaya


Kata jamak:

Salah
Betul
mereka-mereka

semua kereta-kereta

para-para pelajar

empat orang abang-abang
Mereka

semua kereta

para pelajar

empat orang abang


kata penguat:

Salah
Betul
sangat tinggi sekali

sungguh jauh sekali

paling indah sekali

amat menakutkan sekali
sangat tinggi

sungguh jauh

paling indah

amat menakutkan



kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat:

Salah
Betul
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.

Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
Sani mendapat markah yang tertinggi .


Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.



kata hubung:

Salah
Betul
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.

Badannya besar kecuali kakinya kecil.
Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.

Badannya besar tetapi kakinya kecil.


Kata bilangan:

Salah
Betul
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.

Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.

Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.



Kata Sendi:

 i – Dari

Salah
Betul
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.

Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.

Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.



ii – Daripada

Salah
Betul
Tilam itu dibuat dari getah asli.

Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.

Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Tilam itu dibuat daripada getah asli.

Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.

Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

iii – Pada

Salah
Betul
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.

Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.

Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.

Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.

Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.



iv – Di

Salah
Betul
Saya dilahirkan diSarawak.

Ayah awak bekerja dimana ?
Saya dilahirkan di Sarawak.

Ayah awak bekerja di mana ?



Penjodoh bilangan
                                                      
Salah
Betul
Setiap orang pelajar.

Sesetengah orang rakyat.

Seluruh buah negeri.

Semua ekor binatang.
Setiap pelajar.

Sesetengah rakyat.

Seluruh negeri.

Semua binatang.



Kata ganti diri

Salah
Betul
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.

Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.

Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.



Kata adjektif

Salah
Betul
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat.

Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.

Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar..

Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.


kata kerja transitif

Salah
Betul
Ibu sedang jahit baju kurung.

Ayah selalu cuci keretanya.
Ibu sedang menjahit baju kurung.

Ayah selalu mecuci keretanya.



Ayat pasif

Salah
Betul
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.

Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Cerpen itu telah saya karang..

Latihan itu mesti kaubuat.



Kata tanya

Salah
Betul
Kamu berasal dari manakah ?

Apa nama pengawas itu ?

Bila ayah akan pulang ?

Binatang peliharaan awak bernama siapa ?

Kamu berasal dari mana ?

Siapakah nama pengawas itu ?

Bilakah ayah akan pulang ?

Binatang peliharaan awak bernama apa ?


Ejaan

Salah
Betul
Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.

Kucing itu tidur dibawah meja.     

Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.

Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.

Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.

Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanyakepada anaknya yang bongsu.

Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.

Kucing itu tidur di bawah meja.

Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.

Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.

Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.


Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanyakepada anaknya yang bongsu.