MASJID

MASJID

Sunday, December 16, 2012

PERMAINAN MATEMATIK


MENEKA NOMBOR TELEFON:
Menerusi rekreasi ini kita dapat meneka nombor telefon seseorang.

CARANYA BEGINI:-
Katakan nombor telefon ialah 733376.

Ø Nombor telefon darabkan dengan 8.

733376 X 8 =
5867008
Ø Tambahkan bilangan hari dalam sebulan.

5867008 + 30 =
5867038
Ø Darabkan dengan 12.5.

5867038 X 12.5 =
73337975
Ø Tolakkan atau kurangkan sebanyak bilangan hari dalam setahun

73337975 – 365 =
73337610

Minta dimaklumkan hasil terakhir prose situ ialah 73337610 dan Insya Allah akan dapat diteka nombor telefon seseorang itu. Bagaimana?

HURAIAN PENYELESAIANNYA:
Apabila dimaklumkan hasil terakhir prose situ iaitu 73337610 dalam contoh ini, kita dengan spontan menolakkan sebanyak 10 (Nombor Rahsia) dan terus bahagikan dengan 100:
=(73337610 – 10)  ÷ 100
=73337600 ÷ 100
=733376 (Ini jawapannya)
           

1 comment:

  1. Ilmu yang berguna untuk dijadikan alat permainan tambahan dalam mata pelajaran Matematik.Tahniah.

    ReplyDelete