MASJID

MASJID

Thursday, October 11, 2012

KENANGAN AKU


Inilah Masjid Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei. Masjid ini sempena nama bapa kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah. Ketika aku dibawa ke Brunei pada tahun 1968, aku masih kecil. Mungkin dalam 6 bulan. Tuah aku kot, ayah dan emak aku dapat ke Brunei. Ayah ke sana untuk bekerja sebagai seorang guru agama.

Aku masih ingat lagi, arwah ayah aku membawa aku dan adik aku, Hanafi bersembayang di masjid ini. Dan apabila adik-adik sudah membesar, arwah  ayah membawa aku ke masjid ini. Allahuakbar..

MEMBUAT RAKAMAN VIDEO BM

Aku minta tolong Encik Mustari membuat rakaman video pengajaran aku di kelas 2 Hasan. Terima kasih kepada Encik Mustari yang menolong membuat rakaman video ini. Kalau tiada En. Mustari, mungkin sukar bagi aku untuk membuatnya. Ini kena belanja makan ....
Nanti aku masukkan gambar, ok.

Tuesday, October 9, 2012

MENGAJAR ADIK

Hari ini aku duduk di bilik guru. Aku mengajar Cikgu Anuar tentang cara buat blog. Seorang  yang beragama Islam, kita hendaklah memberi ilmu kepada mereka yang memerlukannya. Ini kerana menurut hadis nabi, bila mati sahaja anak Adam, ada tiga perkara dibawa. Antaranya 'Ilmu yang bermanafaat yang digunakan'.